Mengapa manusia wujud di dunia ini ? Untuk apa ?
Apa tujuan manusia hidup di dunia ini ? Ke mana kita akan pergi dan ke mana
akhirnya kehidupan ini ? Sebahagian orang ada yang memilih untuk tidak mahu
pening – pening memikirkan pertanyaan di atas kerana menganggap tiada
kaitannya dengan kehidupan yang nyata.
Hidup tanpa tujuan akan membuat hidup kita terasa hampa.
Tanpa mengenal tujuan hidup, kehidupan ini menjadi sesuatu yang rutin dan
membosankan.
Manusia umumnya takut dengan sesuatu yang tidak diketahuinya
atau tidak dikuasainya. Misalnya yang paling sederhana, manusia biasanya takut
atau sekurang – kurngnya tidak selesa berada di tempat gelap. Mengapa ? Kerana
di tempat gelap kita tidak dapat menguasai situasi. Kita tidak tahu ada apa di
sekitar kita. Apakah ada sesuatu yang membahayakan kita atau tidak. Sehingga di
tempat gelap kita selalu diliputi perasaan was-was, ragu-ragu dan khuatir. Oleh
kerana itu kebanyakan orang tidak mahu memasuki ruangan yang gelap.
Demikian juga orang yang tidak tahu tujuan hidupnya selalu
diliputi keraguan. Kerana mereka tidak tahu ke mana akhirnya kehidupan ini.
Mereka tidak tahu apa yang akan terjadi setelah mati. Orang seperti ini ibarat
disuruh memasuki ruangan yang gelap, dia dibayangi ketakutan akan sesuatu yang
tidak diketahuinya mengenai kematian. Dia akan berusaha memuaskan
hidupnya di dunia seolah-olah dia akan kekal di dalamnya. Padahal dia tahu
bahawa setiap orang pasti akan mati, hanya dia sengaja tidak mahu
memikirkannya ketidaktahuannya itu.
Ada pula orang yang merasa memiliki tujuan hidup namun tujuan
yang dipilihnya adalah salah. Orang yang salah dalam menentukan tujuan hidup
akan merasa tidak tenang. Mengapa tidak tenang ? Kerana umumnya orang yang
tidak mengetahui hakikat tujuan hidup yang sebenarnya, dia cenderung untuk
menggantungkan tujuan hidup ini dengan sesuatu yang bersifat duniawi.
Padahal sesuatu yang bersifat duniawi adalah tidak kekal.
Sehingga suatu masa apabila harta yang menjadi tujuannya tersebut gagal
tercapai atau hilang musnah, maka dia akan stress dan kekecewaan sehingga
diakhiri dengan bunuh diri.
Allah berfirman di dalam Al-Qur’an bahawa tujuan manusia
dihidupkan di muka bumi ini tidak lain adalah untuk beribadah kepadaNya.
“Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah
kepadaKu” (Q.S. 51:56)
Kewajipan kedua, seorang hamba ialah harus memandang tuannya
sebagai yang berhak mengatur dan memerintah dirinya. Sebagai kesannya dia harus
patuh kepada semua perintah Tuannya. Tentu tidak dibenarkan apabila seorang
hamba mematuhi sebahagian perintah tuannya tetapi membangkang terhadap
sebahagian perintah lain. Untuk dapat melaksanakan perintah tuannya tersebut,
seorang hamba harus mempelajari dengan teliti apa yang dikehendaki dan
dimahukan oleh tuannya.
Kewajipan ketiga seorang hamba adalah menghormati dan
menghargai tuannya. Hambaharus mengikuti tatacara yang ditentukan tuannya dan
harus memberikan sikap hormat dan menyatakan sumpah setia pada saat-saat
tertentu. Inilah yang diperintahkan Allah melalui upacara ritual yang bernama
solat. Dimana dalam solat tersebut kita diminta untuk mengucapkan sumpah setia
lima kali dalam sehari. Dalam solat tersebut kita juga diminta membaca
sebahagian surah Al-Qur’an supaya kita mengingati perintah-perintah Allah
Penutup
Kita sebagai wakil Allah yang mulia dimuka bumi, maka
fasiliti yang diberikan untuk menyokong pelaksanaan tugas sehingga dapat
dimanfaatkan oleh manusia. Allah juga memberi bekal rezeki yang cukup kepada
manusia.
“Dan sungguh telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut
mereka di daratan dan lautan, Kami beri mereka rezki yang baik dan kami
lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna di atas makhluk lain yang telah
kami ciptakan” (Q.S. Al Israa’ : 70)