Wednesday, July 25, 2012

Cara Mudah Menyelesaikan Masalah

Kisah motivasi ringkas dan mudah untuk paham ;

Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya. “Berapa beratkah air ni?”
“10 ml!” “15ml!”, “50ml!” “100ml!”
Murid-murid menjawab.

Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?
“Tiada apa-apa!” Murid menjawab

Kalau saya memegang selama setengah jam?
“Tangan lenguh!” Murid menjawab,

Adakah berat air bertambah?
“Tidak!” murid menjawab.

Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?
“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.

Guru tersenyum, “Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”
Murid-murid mula pening, gilo ker apo?

Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?
“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.

Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat. Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa

Ingat…
“Lepaskan sahaja gelas itu!”


http://noraide.blogspot.com

Jangan jadikan masalah

Saya mengakui, asal kita maju sikit, lebih sikit, advance sikit, ada orang akan cepat sakit hati, cemburu, menyampah dan geram ngan kita. Kenakan kita,kutuk umpat dan lain2..haok buruk….

Lantas, dia akan mempamerkan rasa sakit hatinya tu (rasa tak suka) di depan kita. Kita tak kacau dia, dia pulak yang sibuk-sibuk nak kacau kerja kita, apa yang kita buat dan semua kelakuan kita. Andai Anda dalam keadaan begini apa nak buat?


Ada dua cara. Cara sejuk dan cara panas.


Cara sejuk, Anda buat donno saja. Buat tak tau saja. Dia sakit hati ngan kita, biarlah dia sakit hati. Sampai bila-bila pun, dia akan terus sakit hati sendiri.


Jika dia lontarkan kata yang pedas-pedas, yang menyindir, biarlah dia lontar, biarkan dia geram sendiri. Anda buat donno saja. Senyum pun boleh juga!.


Ketika menggunakan cara ni, Anda perlu keraskan hati, tebalkan telinga dan tinggikan sabar. Anda mesti LUPAKAN habis kata-kata mulutnya yang menghiris hati Anda, yang memedaskan telinga Anda dan yang menyentap semangat Anda. Lupakan selupa yang mungkin, buang jauh-jauh, sejauh yang mungkin.


Sebab, bila dilayan, motivasi jadi turun dibuatnya. Sukar untuk Anda jadi bermotivasi semula.


Jadi, untuk nak jadi bersemangat tingi, baik lupakan saja. Jangan layan. Anda sendiri yang akan susah bila merasa akibatnya. Tul tak?


Cara panas, bila Anda lawan cakapnya. Cara ni kurang berkesan. Ia boleh membawa pertengkaran yang lebih hebat.


Jika Anda memutuskan untuk menggunakan cara panas, pastikan yang Anda benar-benar dah berjaya, dah kaya, dah ada pengaruh dan ada kehidupan yang mantap, lebih mantap, lebih hebat dari orang yang sakit hati dengan Anda tu.


Bila dia sakit hati sendiri ngan kemajuan Anda, dia akan cepat sedar siapa dia kerana dia banyak ketingggalan berbanding Anda. Last-last, dia akan diam sendiri. Anda pula, semakin maju, semakin berjaya dan semakin berpengaruh.


Orang yang bermotivasi adalah orang yang memilih untuk mengambil yang baik saja, melihat yang baik saja dan mendengar yang baik saja.


Mereka mengelak untuk memikir perkara-perkara yang membuat mereka sakit hati, kerana mereka tahu ia menurunkan motivasi lantas membuat mereka jadi 'down' satu hari. Bagaimana dengan Anda?


Hidup perlu kuat, perlu ada visi dan perlu ada matlamat. Anda perlu kuat semangat, kuat kesabaran, kuat usaha.


Untuk menjadi pemenang, Anda perlu berubah menjadi kuat. Mulai hari ini, hijrahkan diri, kasi upgrade dari diri Anda yang kemarin.


Be strong. LiveStrong!


p/s:ingat tuhan bayar CASH atas dunia niee……

http://www.gempak.org/

Monday, December 26, 2011

Tujuan Hidup Di Dunia




Mengapa manusia wujud di dunia ini ? Untuk apa ? Apa tujuan manusia hidup di dunia ini ? Ke mana kita akan pergi dan ke mana akhirnya kehidupan ini ? Sebahagian orang ada yang memilih untuk tidak mahu pening – pening memikirkan pertanyaan di atas kerana  menganggap tiada kaitannya dengan kehidupan yang nyata.



Hidup tanpa tujuan akan membuat hidup kita terasa hampa. Tanpa mengenal tujuan hidup, kehidupan ini menjadi sesuatu yang rutin dan membosankan.



Manusia umumnya takut dengan sesuatu yang tidak diketahuinya atau tidak dikuasainya. Misalnya yang paling sederhana, manusia biasanya takut atau sekurang – kurngnya tidak selesa berada di tempat gelap. Mengapa ? Kerana di tempat gelap kita tidak dapat menguasai situasi. Kita tidak tahu ada apa di sekitar kita. Apakah ada sesuatu yang membahayakan kita atau tidak. Sehingga di tempat gelap kita selalu diliputi perasaan was-was, ragu-ragu dan khuatir. Oleh kerana itu kebanyakan orang tidak mahu  memasuki ruangan yang gelap.

Demikian juga orang yang tidak tahu tujuan hidupnya selalu diliputi keraguan. Kerana mereka tidak tahu ke mana akhirnya kehidupan ini. Mereka tidak tahu apa yang akan terjadi setelah mati. Orang seperti ini ibarat disuruh memasuki ruangan yang gelap, dia dibayangi ketakutan akan sesuatu yang tidak diketahuinya mengenai kematian.  Dia akan berusaha memuaskan hidupnya di dunia seolah-olah dia akan kekal di dalamnya. Padahal dia tahu bahawa setiap orang pasti akan mati, hanya dia sengaja tidak mahu memikirkannya  ketidaktahuannya itu.



Ada pula orang yang merasa memiliki tujuan hidup namun tujuan yang dipilihnya adalah salah. Orang yang salah dalam menentukan tujuan hidup akan merasa tidak tenang. Mengapa tidak tenang ? Kerana umumnya orang yang tidak mengetahui hakikat tujuan hidup yang sebenarnya, dia cenderung untuk menggantungkan tujuan hidup ini dengan sesuatu yang bersifat duniawi.

Padahal sesuatu yang bersifat duniawi adalah tidak kekal. Sehingga suatu masa apabila harta yang menjadi tujuannya tersebut gagal tercapai atau hilang musnah, maka dia akan  stress dan kekecewaan sehingga diakhiri dengan bunuh diri.

Allah berfirman di dalam Al-Qur’an bahawa tujuan manusia dihidupkan di muka bumi ini tidak lain adalah untuk beribadah kepadaNya.



“Aku tidak menjadikan Jin dan Manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu” (Q.S. 51:56)



Kewajipan kedua, seorang hamba ialah harus memandang tuannya sebagai yang berhak mengatur dan memerintah dirinya. Sebagai kesannya dia harus patuh kepada semua perintah Tuannya. Tentu tidak dibenarkan apabila seorang hamba mematuhi sebahagian perintah tuannya tetapi membangkang terhadap sebahagian perintah lain. Untuk dapat melaksanakan perintah tuannya tersebut, seorang hamba harus mempelajari dengan teliti apa yang dikehendaki dan dimahukan oleh tuannya.



Kewajipan ketiga seorang hamba adalah menghormati dan menghargai tuannya. Hambaharus mengikuti tatacara yang ditentukan tuannya dan harus  memberikan sikap hormat dan menyatakan sumpah setia pada saat-saat tertentu. Inilah yang diperintahkan Allah melalui upacara ritual yang bernama solat. Dimana dalam solat tersebut kita diminta untuk mengucapkan sumpah setia lima kali dalam sehari. Dalam solat tersebut kita juga diminta membaca  sebahagian surah Al-Qur’an supaya kita mengingati perintah-perintah Allah





Penutup



Kita sebagai wakil Allah yang mulia dimuka bumi, maka fasiliti yang diberikan untuk menyokong pelaksanaan tugas sehingga dapat dimanfaatkan oleh manusia. Allah juga memberi bekal rezeki yang cukup kepada manusia.



“Dan sungguh telah Kami muliakan anak-anak Adam, Kami angkut mereka di daratan dan lautan, Kami beri mereka rezki yang baik dan kami lebihkan mereka dengan kelebihan yang sempurna di atas makhluk lain yang telah kami ciptakan” (Q.S. Al Israa’ : 70)




Sunday, December 18, 2011

Sahabat Yang Sukar Dicari

“Seandainya engkau bertemu seorang kawan yang sanggup bersusah atas nama kesetiaan, mendahulukan atas nama kebajikan, menyimpan keaibanmu atas nama kejujuran, menegur kelemahanmu atas nama kebaikan, memendam rasa terkilan demi menjaga perasaan, ketahuilah bahawa dia bukanlah seorang kawan tetapi seorang saudara & sahabat sejati yang sukar di cari ganti…”


Rasulullah saw pernah berpesan: “Agama seseorang itu terletak di atas agama atau jalan yang dipilih oleh rakannya”. Oleh itu kita hendaklah berhati-hati dalam memilih siapa yang harus dijadikan sahabat.
Apakah ciri-ciri sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut :

  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu.
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu.
  • Jika engkau memerlukan pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu.
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik.
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu.
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya.
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu.
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu.
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu.
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu.
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
TUHAN aturkn antara kita 1 pertemuan ditetapkn 2 hati. Dalam 2 hati diberikn 3 rasa :
SAYANG, KASIH & KASIHAN. Dalam 3 rasa itu dselitkn 4 tujuan:
BERKENALAN, BERTEMAN, BERKAWAN, & BERSAMA. Dalam 4 prkara itu tersembunyi 5 perkataan, iaitu:
TEMAN BAIK SELALU DI SISI. Dalam 5 prkataan itu trsmbunyi 6 impian iaitu :
SAYANG,KEKAL,SETIA,MNGERTI,MENGHARGAI,& MENGINGATI. Dalam 6 impian itu trsimpul 7 huruf keramat iaitu :
“SAHABAT”.


Monday, December 27, 2010

Hanya Kenangan Yang Tinggal

Hilang pada 25.12.2010

Banyak kenangan bersamanya =`(

Semua yang kita sayang pasti akan hilang juga,
jadi segala yang terjadi adalah ujian dariNya.